Salam..
Ni den nak cerita tentang sesuatu yang kini telah menjadi sebahagian daripada hidup den.. One Piece. Den tau bukan semua orang kenal One Piece ni. Den pun baru je kenal ngan One Piece dan dunia animasi ni.. Semuanya bermula pada 2011.
Masa tu den sedang berpantang selepas melahirkan anak bongsu den. Orang dalam pantang kan, apa sangatla kerja yang nak dibuat. Anak pertama dan kedua den, kalau mengadap tv, memang tak de siaran lain la...Asyik 611 je la.. Satu hari, den pun mengadap sama tv tu. Masa tu, kebetulan siar citer One Piece ni la... Episod 2. Sekali tertengok, den terus terpaut. Luffy, Zoro, Coby. dalam hati den berkata,"wahhh... best la pulak citer ni." Esoknya den tunggu sambungannya... Akhirnya terus melekat sampai episod last yang siar kat 611.
Ramai yang cakap, "da tua-tua pun tengok kartun lagi ke?" hahhahaha den jawab apa tau.. "Ada aku kisah?" hehehheheheh
