Friday, 26 April 2013

One Piece Dan Dunia Animasi...

Salam.. 

   Ni den nak cerita tentang sesuatu yang kini telah menjadi sebahagian daripada hidup den.. One Piece. Den tau bukan semua orang kenal One Piece ni. Den pun baru je kenal ngan One Piece dan dunia animasi ni.. Semuanya bermula pada 2011.
      Masa tu den sedang berpantang selepas melahirkan anak bongsu den. Orang dalam pantang kan, apa sangatla kerja yang nak dibuat. Anak pertama dan kedua den, kalau mengadap tv, memang tak de siaran lain la...Asyik 611 je la.. Satu hari, den pun mengadap sama tv tu. Masa tu, kebetulan siar citer One Piece ni la... Episod 2. Sekali tertengok, den terus terpaut. Luffy, Zoro, Coby. dalam hati den berkata,"wahhh... best la pulak citer ni." Esoknya den tunggu sambungannya... Akhirnya terus melekat sampai episod last yang siar kat 611. 
    

      Bila den da masuk kerja semula, punya la den beria mencari citer One Piece ni kat YouTube. tapi kat YouTube tak ada semua episod. Cari punya cari,akhirnya den terjumpa website untuk tengok anime secara online. Punya la seronok. Sejak itu la, den terus menjadi pengikut setia One Piece. Dan bukan setakat One Piece je, sekarang ni, dah bermacam-macam jenis anime dah yang den layan. hahahahha siap ada koleksi anime-anime yang den dah download. Dah lebih 60 anime yang ada dalam koleksi den. 
        Ramai yang cakap, "da tua-tua pun tengok kartun lagi ke?" hahhahaha den jawab apa tau.. "Ada aku kisah?"  hehehheheheh

No comments:

Post a Comment