Wednesday, 24 July 2013

20.6.2013

Salam..
    Ada apa dengan tarikh 20.6.2013?  Pada hari khamis itu, kurang lebih jam 8 pagi, dalam perjalanan ke tempat kerja, berlaku kemalangan antara den dengan motor di depan den. 
   Tak.. tak... den tak berangan pun la time tu... Masa tu den da nampak da, kat depan den, motor2 n kereta2 semua da slow... so, den pun tekan la brek. Tapi itulah, malang tak berbau.. Kaki den leh pulak tergelincir dari brek...
   Tak sempat nk buat apa2, den da berlanggar dengan orang depan den.Pas tu, tau2 je den da lepak2 baring2 atas jalan.. Nak bgn tak boleh... Bahu rasa sakit. Mujur ada hamba Allah bernama Zura yg baik ati tolong den masa tu.dan tak berapa lama, kawan opis den kebetulan lalu kat situ.. oh ye, lupa nk bagitau, kejadian ni berlaku kat depan masjid negara.
   Betullah kata orang, rakyat Malaysia ni ramai yang baik hati... Lepas ambulans datang, den dibawa ke HKL. Motor den, kawan opis den tu yg uruskan, bawa balik ke opis. Terima kasih kawan2... Jasamu dikenang. 
   Di HKL, lepas luka2 dicuci, den dok atas kerusi roda, sambil tunggu turn nak jumpa doktor. Encik suami yg tercinta pun sampai... Time tu, rasa nak menangis... sedih.. huhuhuhu ..
   Bila da jumpa doktor, da x-ray tgn, den pun dimasukkan ke wad sementara. Tgn kiri patah di bahagian kepala humerus. Kene pakai simen U-Slab dan boleh discaj plus mc seminggu sampai 26.6. Seminggu kemudian, appointment lagi. Simen dibuka sbb kulit den alergik.. Dan yg best, mc 28 hari sehingga 24.7.
   Next appointment, doktor suruh self exercise kat rumah, takut tgn lemah kalau tak digerakkan. Dan, mc lagi 28 hari, sampai 21.8. Nampaknya, puasa dan raya kali ni, puasla den dok rumah... yeah!
   
    


No comments:

Post a Comment