Salam.
Hahahahhaa den ada seorang kawan yang memang minat tengok drama Korea ni.. Siap promote lagi suruh den tengok.. Mulanya den bolayan je drama Korea ni.Sebabnya den ni hantu anime Jepun.. Jangankan drama Korea, drama Melayu pun den tak berapa nak minat nak tengok.
Nak dijadikan cerita, satu hari ni, den baca novel yang den pinjam dari kawan den. Den pun da lupa apa tajuk novel tu. Tapi hero novel tu dibayangkan sebagai seorang yang ada iras pelakon Korea-Lee Min Ho.Masa baca tu, tangan den pun gatal pi bukak Google Images. Taip nama Lee Min Ho..pastu.... Waaahhhhh.... sedapnya mata den memandang gambar pelakon itu. Lepas tu den pun mula mencari apa cerita yang si Lee Min Ho ni berlakon.
Cari punya cari, jumpa la jugak akhirnya. Tajuk dramanya 'Faith'. Den pun mula la tengok citer ni, kat dramacrazy.net. ada 24 episod.. wahhhhh citernye ok,pelakonnya ok, heroinnya ok, dan heronya ... ehem ehem... heronya berjaya membuatkan den terus mencari apa lagi drama lakonannya untuk den tonton...
Dan hari ini... selain dari hantu anime Jepun, den dah tambah title baru... hantu drama Korea lak... hehehhhehe
Sunday, 19 May 2013
Friday, 26 April 2013
One Piece Dan Dunia Animasi...
Salam..
Ni den nak cerita tentang sesuatu yang kini telah menjadi sebahagian daripada hidup den.. One Piece. Den tau bukan semua orang kenal One Piece ni. Den pun baru je kenal ngan One Piece dan dunia animasi ni.. Semuanya bermula pada 2011.
Masa tu den sedang berpantang selepas melahirkan anak bongsu den. Orang dalam pantang kan, apa sangatla kerja yang nak dibuat. Anak pertama dan kedua den, kalau mengadap tv, memang tak de siaran lain la...Asyik 611 je la.. Satu hari, den pun mengadap sama tv tu. Masa tu, kebetulan siar citer One Piece ni la... Episod 2. Sekali tertengok, den terus terpaut. Luffy, Zoro, Coby. dalam hati den berkata,"wahhh... best la pulak citer ni." Esoknya den tunggu sambungannya... Akhirnya terus melekat sampai episod last yang siar kat 611.
Ramai yang cakap, "da tua-tua pun tengok kartun lagi ke?" hahhahaha den jawab apa tau.. "Ada aku kisah?" hehehheheheh
Thursday, 25 April 2013
Kali Pertama.
Assalamualaikum....
Dah nak masuk 34 tahun den hidup. Ni la buat julung-julung kalinya den cuba menghasilkan sebuah blog. Sangat terkial-kial. Sama macam mula-mula den bukak akaun FB dulu... hehehhehe ... Betul-betul rasa macam rusa masuk kampung... Jom explore.. macam mana nak upload gambar, macam mana nak edit setting.... Ok..Bye-bye...
Subscribe to:
Posts (Atom)
